Malakat Mall sumbang 100 bungkusan makanan kepada anggota polis Putrajaya

0
202
Pengarah Food & Baverage Malakat Mall, Aziz Juhari (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan makanan daripada Malakat Mall kepada IPD Putrajaya

Oleh NINA FARZUIN MD. SHAROM

CYBERJAYA- Prihatin dengan peranan dan jasa barisan hadapan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membendung penularan Covid-19, Malakat Mall mengambil inisiatif menyampaikan sumbangan 100 bungkusan makanan kepada anggota yang bertugas di Putrajaya.

Pengarah Food & Baverage Malakat Mall, Aziz Juhari berkata sesuatu kepada Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan ketika menyampaikan sumbangan makanan kepada IPD Putrajaya

Sumbangan makanan disampaikan oleh Pengarah Food & Baverage Malakat Mall, Aziz Juhari di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Putrajaya semalam.

Kehadiran pasukan Malakat Mall disambut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan; Ketua Bahagian Pengurusan Daerah, Deputi Superintendan Norhizam Bahaman; Ketua Polis Balai Presint 7, Asisten Superintendan Azman Johari Rakhibi; Ketua Polis Balai Presint 11, Inspektor Nurhidahyu Aris dan Ketua Cawangan Pengangkutan, IPD Putrajaya, Inspektor Helmy Md. Supar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here