Mara tangguh aktiviti keagamaan, tutup premis hingga 31 Mac

0
159

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA  – Semua aktiviti keagamaan termasuk solat berjemaah dan solat Jumaat di surau yang terdapat di IPMA dan premis perniagaan Mara ditangguhkan buat sementara waktu selaras dengan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac lalu.

Bahagian Komunikasi Korporat Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam satu kenyataan berkata, semua perjalanan warga kerja Mara dan pelajar tajaannya ke luar negara akan dikenakan sekatan menyeluruh.

“Bagi pelajar tajaan Mara yang baru pulang dari luar negara perlulah menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela) selama 14 hari, sebagaimana arahan Kementerian Kesihatan Malaysia,” kata kenyataan itu.

Operasi di Pusat Pentadbiran Mara seperti di Ibu pejabat Mara, 14 pejabat Mara Negeri, 117 pejabat Mara daerah serta subsidiari Mara akan menghentikan perkhidmatan melibatkan orang ramai bermula 18 hingga 31 Mac ini.

Katanya, sebarang urusan berkaitan dengan pembayaran, permohonan, pertanyaan dan sebagainya adalah melalui dalam talian dengan melayari portal Mara di www.mara.gov.my atau menghubungi Mara Call Center (MCC) di talian 03-2613 2000.

“Sila dapatkan maklumat terkini dengan mengikuti saluran media sosial rasmi Mara iaitu: https://www.facebook.com/MajlisAmanahRakyat, https://www.instagram.com/majlisamanahrakyat dan juga https://www.twitter.com/maragov,” katanya. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here