Marzuki dilantik Ketua Setiausaha Sulit PM-8

0
176

Oleh SITi AZIELAH WAHI

PUTRAJAYA- Datuk Dr. Marzuki Mohamad dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri bermula 1 Mac lalu.

Marzuki, 46, merupakan lulusan undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah menjadi Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri pada 2018, ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik memegang jawatan itu pada tahun sama.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pagi ini, berkata, Marzuki, juga pernah melanjutkan pelajaran dan memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dalam bidang Sains Politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Doktor Falsafah (Sains Politik) daripada Australian National University, Australia.

Marzuki memulakan kerjaya sebagai pensyarah UIAM pada 1999.

Beliau kemudian dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri pada 2009 hingga 2013 dan Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan pada 2013 hingga 2015.

“Pada 2015, beliau kembali bertugas di UIAM sebagai Profesor Madya di Jabatan Sains Politik dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Sains Politik,” menurut kenyataan itu. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here