Masjid, Surau di Selangor diarah baca Qunut Nazilah

0
198

CYBERJAYA – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan semua masjid dan Surau di negeri ini membacakan Qunut Nazilah dalam doa Qunut solat subuh berkuatkuasa serta merta berikutan penularan wabak Covid-19 yang berlaku ketika ini.

Pengarahnya, Mohd. Shahizihan Ahmad berkata,  arahan itu dikeluarkan sehingga wabak itu dapat selesai diatasi sepenuhnya.

“Seluruh pegawai dan jawatankuasa masjid serta surau di Selangor hendaklah sentiasa peka dengan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran wabak berkenaan sebagaimana yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Sebagai seorang Muslim hendaklah sentiasa memohon pertolongan daripada Allah agar melindungi negara kita daripada wabak berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam sidang akhbar petang tadi memaklumkan lima kes baharu positif Covid-19 menjadikan sebanyak 55 kes setakat ini.

Selain itu, beliau berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster Penyakit Covid-19 membuat keputusan menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan ke luar negara.

“Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan ke Lombardy, Veneto dan Emelia-Romagna di Itali. Selain itu rakyat juga perlu menangguhkan perjalanan ke wilayah lain seperti Hokaido di Jepun; Tehran, Qom dan Qilan di Iran,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here