Maya Matahari meninggal dunia

0
243
Maya meninggal dunia akibat kanser tisu

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Penyanyi yang terkenal dengan lagu Matahari, Maya meninggal dunia hari ini akibat kanser tisu.

Memetik laporan Harian Metro, berita pemergian Maya atau nama sebenarnya Meyanaliza  Ruslee atau Maya Matahari disahkan oleh penyanyi dan penyampai radio, Haiza.

Haiza ketika dihubungi berkata, dia masih menunggu maklumat terkini mengenai jenazah arwah.

Difahamkan penyanyi kelahiran Johor itu telah lama menderita penyakit tersebut dan pernah menerima rawatan sehingga ke China.

Berita lanjut menyusul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here