Maybank sumbang RM4 j sokong pelan Covid-19 MERCY Malaysia

0
56

KUALA LUMPUR – Maybank menyalurkan RM4 juta secara tunai segera kepada Dana Pandemik Covid-19 MERCY Malaysia untuk menyokong Pelan Kesiapsiagaan dan Respons Strategiknya.

Sumbangan itu akan membantu memastikan simpanan peralatan perlindungan untuk mereka yang berada di barisan hadapan seperti doktor perubatan, jururawat dan kakitangan, pekerja penjagaan kesihatan dan sukarelawan.

“Ia akan digunakan untuk membekalkan sebanyak 4,000 set peralatan perlindungan peribadi (PPE) tahap 2 dan 2,000 set PPE tahap 1 untuk memastikan kesinambungan sokongan kesihatan bagi komuniti yang berisiko semasa tempoh tindak balas dan pemulihan,” menurut Maybank dalam kenyataan dipetik Bernama hari ini.

Katanya sumbangan tersebut akan turut digunakan untuk membekalkan sebanyak 30,000 sarung tangan pakai buang dan bantuan makanan kepada 1,000 pekerja kesihatan barisan hadapan selama dua minggu selain membantu penempatan seramai 100 kakitangan perubatan untuk membantu dalam proses saringan dan penilaian awal.

Kelengkapan penting termasuklah 2,000 botol cecair pembasmi kuman, 5,000 sabun tangan, 200 termometer tanpa sentuh, 1,000 set ubat gigi dan berus gigi serta 1,000 tuala tangan dan 2,500 set pakaian juga terdapat dalam senarai.

Selain itu, sumbangan daripada Maybank akan digunakan untuk pembinaan sebanyak 500 stesen basuh tangan untuk yang disasarkan, kebanyakan komuniti yang terpinggir; pengeluaran dan pengedaran 30,000 pek bahan maklumat, pendidikan dan komunikasi untuk menyokong pesanan selaras dengan mesej Kementerian Kesihatan mengenai pencegahan risiko dan kesiapsiagaan; dan menguruskan latihan pengurangan risiko pandemik untuk 10,000 keluarga.

Bank tersebut turut membolehkan orang ramai membantu menyokong Dana Pandemik Covid-19MERCY Malaysia melalui platform pendanaan awam dalam taliannya, MaybankHEART.

Sumbangan kepada dana tersebut boleh dibuat melalui https://maybankheart.com atau https://www.mercy.org.my/donate/ atau menghubungi MERCY Malaysia di +603 7733 5929.

“Kami berharap sokongan kami melalui MERCY Malaysia dapat meringankan beban yang dihadapi oleh barisan hadapan dan sukarelawan dengan menyediakan bekalan peralatan yang mencukupi, dan membolehkan rawatan perubatan tidak terganggu serta mempercepatkan langkah untuk membendung virus itu,” kata Pengerusi Maybank Datuk Mohaiyani Shamsudin.

Sementara itu, Presiden MERCY Malaysia Datuk Faizal Mohd Perdaus berkata mendapati “banyak ketidaksamaan dari segi sistem” membawa kepada organisasi untuk mewujudkan pelan kesiapsiagaan dan respons strategik Covid-19.

“Dalam hal ini, kami amat berterima kasih kepada Maybank kerana memberi pakej bantuan kewangan yang amat baik ini dan benar-benar mempunyai kesejahteraan rakyat Malaysia di hati,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here