MB Kelantan ucap tahniah kepada PM

0
97

CYBERJAYA- Menteri Besar Kelantan merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikan barisan Jemaah Menteri baharu hari ini.

Datuk Ahmad Yakob berkata, menerusi pelantikan itu, hubungan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan terus diperkukuh selaras dengan semangat persekutuan demi kesejahteraan rakyat.

“Semoga Allah menganugerahkan petunjuk dan hidayah kepada barisan jemaah menteri untuk menjalankan tugas dengan adil dan saksama, berintegriti demi pembangunan dan keharmonian negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, 10 ahli Parlimen dari Kelantan dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri.

Menerusi pengumuman Muhyiddin, Menteri dari Kelantan terdiri daripada Menteri Pendidikan, Radzi Jidin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Menteri Pembangunan Wilayah, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan.

Jawatan Timbalan Menteri pula diisi Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Ikhmal Hisham Abdul Aziz; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary; Timbalan Menteri Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff; Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Timbalan Menteri Menteri Alam Sekitar, Dr Ahmad Masrizal Muhammad.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here