Menteri Pengangkutan Indonesia dijangkiti Covid-19

0
130

JAKARTA – Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi dilaporkan telah dimasukkan ke sebuah hospital di Jakarta selepas dijangkiti Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan pegawai kanan kerajaan pada sidang akhbar hari ini, lapor Reuters.

“Keluarga Sumadi sudah memberikan kelulusan bagi pengumuman itu selepas menteri terbabit muncul sebagai barisan hadapan dan penting yang dijangkiti Covid-19,” kata Setiausaha Pentadbiran di Pejabat Presiden, Pratikno.

Menurut Timbalan Ketua Hospital Gatot Seobroto, Albertus Budi Sulistya keadaan menteri terbabit yang menghadiri mesyuarat Kabinet Rabu lalu, bertambah baik, kata Timbalan Ketua Hospital Gatot Seobroto, Albertus Budi Sulistya.

Indonesia mencatatkan kes positif pertama pada 2 Mac lepas, di mana sehingga hari ini sebanyak 96 kes direkodkan, dengan lima kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here