Mohd. Hatta sah jalani pemeriksaan Covid-19

0
170

KUALA LUMPUR-Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Dr. Mohd. Hatta Md Ramli mengesahkan beliau menjalani pemeriksaan kesihatan bagi Covid-19.

Difahamkan beliau menjalani pemeriksaan itu kerana ada kontak dengan seorang individu yang disahkan positif Covid-19 selepas menghadiri majlis makan malam di sebuah hotel di sini, minggu lalu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai status terkini kesihatannya.

“Saya ada menjalani pemeriksaan hari ini di sebuah hospital kerajaan.

“Tidak perlu tahu (status kesihatan), cerita sakit dan hospital ini mana boleh didedahkan,” katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian hari ini.

Mohd. Hatta berkata, pengesahan mengenainya cuma boleh dilakukan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Terdahulu media melaporkan seorang ahli lembaga pengarah UDA Holdings Berhad (UDA) disahkan dijangkiti Covid-19 dan dikuarantin di hospital kerajaan.

UDA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, individu terbabit menghadiri satu majlis makan malam baru-baru ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here