MPSJ batalkan lesen peniaga ingkar arahan

0
268

Oleh NINA FARZUIN MD. SHAROM

CYBERJAYA – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan membatalkan lesen perniagaan sebagai tindakan tegas terhadap mana-mana pengusaha di bawah kawasan pentadbirannya yang didapati melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Noraini Roslan berkata, arahan itu dikeluarkan selepas pihaknya mendapati masih ramai pengusaha makanan yang ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Langkah ini juga bagi memastikan kesihatan dan keselamatan penduduk Subang Jaya terjamin tanpa berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pengusaha yang melanggar peraturan boleh didenda RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here