Mufi Kelantan disyaki positif Covid-19

0
125
Mufi Kelantan disyaki positif Covid-19

CYBERJAYA – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semalam, disyaki positif Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr. Izani Husin seperti yang dilaporkan oleh Bernama TV hari ini.

Dalam pada itu, memetik laporan Harian Metro, difahamkan Mohd Shukri mengalami demam dan sakit tekak selepas pulang dari Sarawak, Khamis lalu sebelum dimasukkan ke HRPZ II.

Ahli keluarga ketika dihubungi berkata, bapanya mengalami sakit sendi selepas pulang dari Sarawak dan mendapat cuti sakit ketika ke klinik pada Ahad lalu.

“Namun selepas keadaan demam tidak berkurangan, bapa sekali lagi ke klinik sebelum diminta membuat saringan dan dimasukkan ke HRPZ II jam 9 pagi semalam.

“Bapa dimasukkan ke hospital untuk pemantauan memandangkan sekarang wabak Covid-19. Keputusan darah bapa belum lagi keluar.

“Saya menerima banyak panggilan daripada orang ramai dan mesej yang tersebar mengatakan bapa dalam keadaan kritikal adalah tidak benar,” katanya.

Beliau berkata, pagi tadi dia sempat panggilan video dengan bapanya dan dimaklumkan berada dalam keadaan baik namun ada rasa mual.

“Kami sekeluarga juga diminta untuk hadir ke Klinik Kesihatan untuk ujian saringan petang ini. Kami meminta orang ramai mendoakan keadaan bapa,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here