Muhyiddin khianati saya-Tun M

0
388

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengkhianati beliau.

“Saya telah dikhianati oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.” kata Dr. Mahathir dalam sidang akhbar di Yayasan Al-Bukhary hari ini.

Dr. Mahathir berkata, Pakatan Harapan (PH) akan membuat undi tidak percaya di Dewan Rakyat memandangkan PH mempunyai majoriti berbanding Perikatan Nasional.

“Bagaimanapun saya takut sidang Parlimen Dewan Rakyat akan lambat,” katanya.

Dr. Mahathir juga memberi bayangan seandainya lama lagi Dewan Rakyat mengambil masa untuk bersidang maka, mungkin angka 114 akan berubah.

Dalam perkembangan lain hari ini, Muhyiddin mengetuai gabungan Perikatan Nasional akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di Istana Negara.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here