Muhyiddin meninggalkan Istana Negara sebagai Perdana Menteri kelapan

0
111
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin keluar dari Istana Negara selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-8.

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Istana Negara pada pukul 12.08 tengah hari ini selepas istiadat angkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi ini..

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Sumpah Simpan Rahsia yang berlangsung di Istana Negara pada pukul 10.34 pagi itu turut dihadiri oleh para pemimpin dari gabungan parti Perikatan Nasional.

Antara yang hadir pada istiadat itu adalah pemimpin parti Perikatan Nasional iaitu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali dan Ahli Parlimen Bagan Datoh Datuk Seri Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim disusuli kenderaan rasmi Yang Dipertua Dewan Negara dan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai Perdana Menteri kelapan semalam setelah seminggu kemelut politik melanda negara.

Pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan selepas genap seminggu kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here