Muhyiddin tiba untuk majlis angkat sumpah Perdana Menteri ke 8

0
95

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tiba di Istana Negara bagi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan.

KUALA LUMPUR – Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tiba di perkarangan Istana Negara kira-kira pukul 9.50 pagi ini untuk majlis angkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Ketibaan Ahli Pahlimen Pagoh itu diiringi empat lagi kenderaan yang dipercayai membawa pemimpin parti Perikatan Nasional iaitu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali dan Ahli Parlimen Bagan Datoh Datuk Seri Zahid Hamidi.

Muhyiddin yang meninggalkan kediamannya di Bukit Damansara pada pukul 9.40 pagi sempat menurunkan cermin kenderaan dan melambai kepada lebih 50 pengamal media yang berkumpul di lokasi seawal pukul 8.30 pagi ini.  

Sejurus selepas ketibaan para pemimpin, turut memasuki pintu utama Istana Negara adalah Panglima Angkatan Tentera (PAT).

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dijadual diadakan di Istana Negara pada 10.30 pagi ini.

Difahamkan istiadat rasmi itu tidak dihadiri oleh barisan pemimpin daripada Pakatan Harapan yang memboikot majlis pada pagi ini. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here