Nasi bajet RM5 di kaunter pandu lalu Malakat Mall

0
935

CYBERJAYA- Berita gembira buat warga Cyberjaya dan kawasan sekitar apabila Malakat Mall menawarkan jualan nasi bajet di kaunter pandu lalu di hadapan pusat beli belah itu.

Pengarah F&B Malakat Mall, Aziz Juhari berkata, nasi bajet hanya dijual pada harga RM5 bermula pada pukul 12 tengah hari hingga pukul 2.30 petang bagi membantu mereka yang memerlukan.

Beliau berkata, kaunter pandu lalu di hadapan Malakat Mall itu mula dibuka kepada orang ramai bermula hari ini sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan iaitu pada 31 Mac nanti.

“Konsep kita ialah satu hari satu menu. Kita ada nasi lemak ayam, nasi padprik, nasi ayam cincang; ayam goreng kunyit; ayam masak kicap sambal gesek; kari ayam dan nasi ayam.

“Setiap hari, kita sediakan 100 bungkus sahaja. Siapa cepat dia dapat, untuk minuman pula pelanggan hanya perlu tambah RM1 sahaja,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune hari ini.

Selain itu katanya, Malakat Mall mengambil inisiatif berkenaan bagi memudahkan urusan orang ramai untuk mendapatkan makanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan sekarang.

“Jika yang berkeluarga, cukup hanya seorang datang membeli. Ambil makanan tanpa turun kenderaan. Ia amat memudahkan, kita sama-sama bantu memudahkan urusan semua,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai hari pertama kaunter pandu lalu, Aziz berkata, inisiatif itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan menu nasi ayam lada hitam.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here