Nekmat diminta utamakan pasaran tempatan

0
136

CYBERJAYA – Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) diminta mengutamakan pasaran tempatan yang masih berlaku kekurangan bekalan itu dibeberapa negeri sekali gus mampu memenuhi permintaan pengguna.  

Ketua Prasarana Kempen Buy Muslim First (BMF) Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari berkata, beliau menyambut baik tindakan pantas Nekmat untuk membantu nelayan tempatan yang menghadapi masalah lambakan ikan seperti berlaku di Kuala Muda, Kedah.

Tambah beliau, lambakan ikan hanya tertumpu beberapa lokasi sahaja tetapi tidak ditempat atau negeri lain yang menghadapi masalah harga ikan mahal.

“Walau bagaimanapun saya ingin menegur Nekmat yang mempunyai hasrat ingin mengeskport lambakan ikan ke luar negara kerana keperluan asas dalam Malaysia masih memerlukan perhatian.

“Saya mencadangkan agar Nekmat memborong dan memasarkan lambakan ikan itu ke semua negeri dalam Malaysia kerana permintaan begitu tinggi.

“Ia berikutan selepas saya bersama Jawatankuasa BMF Malaysia terlibat membantu nelayan bagi mengatasi masalah lambakan ikan di utara tanah air,” katanya dalam hantaran akaun Facebook miliknya hari ini.

Beliau yang dikenali sebagai Cikgu Izzat mencadangkan supaya harga jualan ikan ke negeri-negeri lain sekitar RM6 hingga RM10 sekilogram dan berharap Nekmat tidak seperti menjadi ‘orang tengah’ yang tidak bertanggungjawab dalam memasarkan bekalan tersebut. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here