New York jangka kes Covid-19 akan memuncak beberapa minggu lagi

0
125

CYBERJAYA – Datuk Bandar New York mengakui bahawa bandar raya tersebut akan menghadapi pertambahan jumlah kes positif dan kematian akibat Covid-19 pada minggu mendatang.

Menurut laporan The Guardian, Bill de Blasio berkata, pada masa ini, waktu yang sukar masih belum tiba lagi.

“Namun, kami amat berterima kasih kepada semua doktor, jururawat dan ventilator (yang digunakan untuk merawat pesakit),” kata de Blasio.

Setakat ini, bandar raya tersebut sudah mencatatkan jumlah kematian sebanyak 776 orang.

“Saya menjangkakan kita akan mula menghadapi tempoh sukar mulai awal Mei,” katanya lagi.

Nada yang sama turut diutarakan oleh Gabernor New York, Andrew Cuomo yang menjangkakan kes Covid-19 akan memuncak dalam masa beberapa minggu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here