NGO rai Hari Polis 213 di lapangan

0
109

KLANG – Walaupun negara berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang wabak Covid-19, tradisi meraikan Hari Polis tetap diteruskan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan hari ini.

Menurut penasihat Pertubuhan 99 Kebajikan Insan (99 Kesan), Datuk Nor Shabudin Monil, sebelum ini pihaknya meraikan Hari Polis dengan menghantar kek di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

“Namun disebabkan kita berada di bawah PKP maka tradisi diubah dengan menyantuni anggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di beberapa sekatan jalan raya.

“Hari ini kita menyumbang 200 hingga 300 pek makanan tengah hari untuk anggota polis dan ATM yang bertugas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas selesai membuat penyerahan makanan di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi 99 Kesan, Muhd.Ali Zakariah.

Nor Shabudin berkata, pihak polis dan ATM melakukan tugas berat sebagaimana kakitangan perubatan yang merupakan barisan hadapan dalam merawat pesakit Covid-19.

“Walaupun kita berisiko untuk dijangkiti virus tersebut dengan langkah keselamatan yang diambil kita tetap berserah kepada Allah agar diberi keselamatan.

“Virus ini bukan musuh yang boleh dilihat dengan mata kasar sebagaimana penjenayah. Betapa berat tugas anggota polis dan ATM, justeru kepada rakyat Malaysia duduklah di rumah bagi memastikan virus Covid-19 dapat dikekang dari berjangkit,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here