Nikah di premis persendirian, majlis tidak lebih 30 minit – JAIPk

0
139

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menetapkan pelaksanaan akad nikah pasangan pengantin di negeri ini hendaklah dilaksanakan di premis persendirian di sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ekoran Covid-19.

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd. Husin berkata, majlis akad nikah tidak dibenarkan untuk dilaksanakan di tempat awam seperti masjid, surau, dewan atau tempat-tempat awam yang lain.

Menurutnya, selain itu, tempoh waktu pelaksanaan majlis hendaklah dipendekkan iaitu tidak melebihi 30 minit.

Beliau berkata, majlis hanya boleh dihadiri oleh seorang jurunikah, dua saksi, pengantin lelaki dan pengantin perempuan serta seorang wali.

“Majlis hendaklah dibatalkan jika mana-mana mereka yang terlibat telah disahkan atau disyaki dijangkiti Covid-19,” katanya dalam kenyataan dalam Facebook JAIPk hari ini.

Menurutnya, arahan tatacara bagi pelaksanaan majlis akad nikah itu berkuatkuasa serta merta.

“Mereka yang terlibat dalam pelaksanaan akad nikah hendaklah mematuhi langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here