Olimpik Tokyo pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021

0
127

TOKYO- Jepun dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) semalam membuat keputusan temasya Sukan Olimpik Tokyo akan berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.

Minggu lalu, IOC mengumumkan penangguhan Sukan Olimpik Tokyo 2020 sehingga tahun depan ekoran wabak pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini.

Keputusan penangguhan temasya sukan paling berprestij di dunia itu dibuat susulan cadangan daripada Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan turut ditangguhkan Sukan Paralimpik 2020.

Ia penangguhan pertama Sukan Olimpik dalam sejarah 124 tahun penganjurannya, namun Sukan Olimpik pernah dibatalkan semasa meletusnya Perang Dunia pada 1916, 1940 dan 1944.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 sepatunya dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos ini manakala Sukan Paralimpik 2020 bakal bermula 25 Ogos hingga 6 September.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here