Ops Sanitasi Awam bermula hari ini

0
205
Pasukan Ops Sanitasi yang dianggotai oleh pelbagai agensi kerajaan.

KAJANG – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini memulakan Ops Sanitasi Awam di beberapa lokasi berisiko.

Tindakan bersepadu melibatkan pelbagai agensi dan pihak berkuasa itu merupakan sebahagian daripada langkah kerajaan membendung penularan wabak Covid-19

Di Sungai Ramal, Kajang, kerja-kerja pembersihan dan nyah jangkitan bermula kira-kira pukul 10 pagi berhampiran stesen minyak Shell.

Ops Sanitasi Awam bermula hari ini

Operasi disertai oleh 150 anggota daripada lima agensi antaranya Polis Diraja Malaysia, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan, Alam Flora dan beberapa agensi lain.

Kerja-kerja pembersihan dimulakan selepas sesi taklimat mengenai langkah-langkah keselamatan disampaikan oleh polis dan bomba.

Sementara itu di sekitar Masjid Sungai Ramal, operasi sanitasi itu turut dihadiri Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin.

Serentak itu, operasi yang sama turut dijalankan di Pasar Jalan Othman Petaling Jaya, Bukit Damansara dan pasar-pasar utama di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Semalam, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan inisiatif “nyah cemar” akan bermula hari ini sebagai menggandakan usaha membendung penularan virus Covid-19 di tempat awam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here