Orang kuat Azmin Ali letak jawatan di Pulau Pinang

0
279
Dr. Afif Bahardin

CYBERJAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya dari PKR, Dr. Afif Bahardin meletakkan jawatan sebagai Exco Kesihatan Pulau Pinang berkuat kuasa hari ini.

Memetik laporan Berita Harian, perkara itu disahkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, selepas pertemuan dengan Dr. Afif pada pukul 8.15 pagi ini.

Mesyuarat EXCO Pulau Pinang menerima peletakan jawatan itu.

Bagaimanapun, belum jelas sama ada Afif akan mengekalkan jawatannya sebagai ADUN.

Peletakan jawatan itu berlaku selepas bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu menegaskan akan kekal dalam parti dan komited kepada Pakatan Harapan (PH) yang memenangi mandat untuk mentadbir Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lalu.

Surat peletakan jawatan Dr. Afif

Dr. Afif antara penyokong kuat bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Minggu lalu, Mohamed Azmin bersama sekumpulan ahli Parlimen PKR yang lain bertindak meninggalkan PKR untuk menyertai Bersatu sekali gus menubuhkan sebuah kerajaan baharu bersama Barisan Nasional (BN), Pas dan Gabungan Parti Sarawak untuk menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here