Covid-19: Dua mangsa meninggal dunia hari ini

0
137

CYBERJAYA – Dua mangsa Covid-19 dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Di Sarawak, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mengesahkan kematian pertama di negeri tersebut pagi tadi.

Menurut kenyataan yang diedarkan kepada pihak media, mangsa merupakan seorang paderi berusia 60 tahun dan meninggal dunia pada pukul 11 pagi di Hospital Umum Sarawak.

Kes kematian kedua pula dilaporkan di Hospital Sultanah Aminah, dan melibatkan seorang mangsa berumur 34 tahun.

Difahamkan, mangsa merupakan salah seorang peserta himpunan kumpulan tabligh di sebuah masjid di Sri Petaling minggu lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here