Pakej Prihatin: Rakyat perlu bijak berbelanja

0
157

CYBERJAYA – Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan kerajaan mendengar suara hati rakyat.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Prof. Dr. Zainur Rashid Zainuddin berkata, manfaat PRIHATIN sampai kepada hampir segenap lapisan masyarakat.

Tambah beliau, ia termasuk penjawat awam khususnya dari sektor kesihatan; belia; keluarga B40 dan M40; usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS); bekerja sendiri; warga emas dan gelandangan.

Beliau berkata, manfaat dan jumlah yang diberikan bukan untuk bermewah tetapi meringankan beban rakyat majoriti terutamanya kurang bermasib baik akibat wabak Covid-19.

“Pakej ini adalah untuk rakyat daripada semua latar belakang sama ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan orang Asli dan lain-lain.

“Pakej PRIHATIN bagus untuk rakyat di fasa sukar ini tetapi ia bersifat sementara. Kesan jangka panjang Covid-19 akan menjadi seumpama senario pasca perang (post-war scenario),” katanya dalam kenyataan menerusi aplikasi Telegram semalam.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan Pakej Prihatin yang memperuntukkan RM250 bilion bagi menghadapi wabak Covid-19 di negara ini.

Zainur menambah, walaupun rakyat diberi banyak manfaat tetapi mereka perlu berjimat dan bijak membuat perancangan.

“Namun, saya tertarik dengan penutup ucapan Perdana Menteri begitu membekas di hati rakyat dengan seruan agar bersatu hati terutama ketika mendepani krisis supaya selepas ini akan menjadi negara yang lebih kuat,” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here