Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Jumaat ini

0
92


CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi yang mengutamakan keprihatinan rakyat ketika negara menghadapi wabak Covid-19 ketika ini.

Perdana Menteri berkata, pakej rangsangan itu akan lebih menyeluruh dalam memastikan setiap lapisan rakyat mendapat manfaat.

Tambah beliau, pegawai-pegawai di Kementerian Kewangan sedang bertungkus lumus menyediakan pakej itu yang akan memberikan manfaat kepada semua.

“Sama ada pemandu teksi, pemandu grab, petani, pengusaha restoran, penjual nasi lemak, penjual goreng pisang, penjual burger, pekerja harian, kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk pastikan anda semua beroleh manfaat. Insya-Allah, tiada seorang pun tertinggal,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen utama hari ini.

Muhyiddin menambah, beliau menyedari, sebagai Perdana Menteri bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan rakyat dan ini amanah yang dipikulnya.

“Sebagai manusia saya tidak sempurna, tetapi saya berjanji akan melakukan yang terbaik. Insya-Allah dengan izin Allah SWT kita akan dapat bersama-sama mengharungi dugaan besar ini,” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here