Pakej Rangsangan ekonomi PRIHATIN tiada rakyat tercicir

0
112

CYBERJAYA – Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada jumlah itu, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuhkan ekonomi negara.

Beliau berkata, sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.

“Pakej Prihatin ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung rakyat. Sama ada mereka seorang nelayan di Kukup, Johor atau pekebun kecil di Jeli, Kelantan.

“Anda pengusaha chalet di Cherating atau penarik beca di Melaka, peniaga pasar malam di Kuala Lumpur atau pasar tamu di Kundasang.

“Anda semua akan menikmati manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi yang peduli rakyat ini. Seperti yang saya sebutkan, tiada golongan yang akan tercicir,” katanya dalam perutusan khas pengumuman pakej rangsangan ekonomi yang disiarkan secara langsung di semua saluran televisyen utama hari ini. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here