Pas untuk lepasi sekatan jalan raya akan dikeluarkan kerajaan

0
442

CYBERJAYA – Kerajaan akan mengeluarkan pas kebenaran perjalanan untuk kakitangan kerajaan dan swasta yang perlu bertugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pas itu dikeluarkan untuk pekerja yang tidak dapat menunjukkan bukti arahan bertugas semasa melalui sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa.

“Surat pelepasan untuk kakitangan kerajaan akan dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara manakala surat pelepasan bagi kakitangan awam akan diuruskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa,” katanya dalam ucapan khas hari ini.

Ismail berkata, pas kebenaran itu dikeluarkan berikutan pelaksanaan kawalan lebih ketat pasukan Polis Diraja Malaysia dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula Ahad ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here