‘Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan’ – Agong

0
103

CYBERJAYA – Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan tidak panik susulan penularan wabak Covid-19 dalam negara.

Baginda bertitah, rakyat Malaysia juga tidak perlu keluar rumah jika tiada keperluan penting.

“Kepada seluruh rakyat Malaysia saya ingin mengajak untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan jangan keluar rumah jika tiada keperluan penting,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda juga bertitah supaya orang ramai membatalkan sebarang majlis dan aktiviti sosial di luar rumah.

“Kepada ibu bapa pengantin tangguhkan dahulu majlis kenduri sehingga keadaan beransur pulih. Saya juga menasihatkan rakyat jangan panik kerana keperluan barang harian dijamin cukup oleh kerajaan,” titah baginda.

Sementara itu, baginda juga menitahkan supaya semua pihak tidak menyebarkan berita palsu mengenai Covid-19.

Pada masa sama, baginda turut menitahkan supaya orang ramai menjaga kebersihan diri dan bersama-sama membendung wabak tersebut.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here