Pecat Syed Saddiq

0
476

KUALA LUMPUR – Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diminta mengambil tindakan memecat Syed Saddiq Abdul Rahman sebagai Ketua Armada.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Mohd. Yusof berkata, Exco Armada, Muzammil Ismail boleh memangku sementara bagi jawatan Ketua Armada.

“Muzammil ada potensi dan dapat sokongan akar umbi. Jadi, saya cadangkan Muzammil untuk pangku jawatan Ketua Armada jika Syed Saddiq didapati langgar disiplin parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di pekarangan kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini, hadir bersama beliau ialah Muzammil sendiri.

Menurut Mohd. Redzuan, pemimpin lain yang boleh dikenakan tindakan ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Tindakan berkenaan boleh diambil kerana kita mendapati Mukhriz dan Syed Saddiq mengambil pendekatan menentang Muhyiddin.

“Kita ada Lembaga Disiplin dan kita ada peraturan dan akan jalankan proses itu. Nampaknya jawatan Ketua Armada yang disandang oleh Syed Saddiq akan dikosongkan tapi dia boleh memangku tugas itu atas arahan presiden,” katanya.

Mukhriz dan Syed Saddiq antara pimpinan Bersatu yang bertindak menyokong bekas pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here