Peginya ibu Nurul Syafina pada hari Jumaat yang mulia

0
311
Rosimah Ismail yang menghidap kanser lidah tahap empat menghembuskan nafas hari ini

Oleh NINA MD SHAROM

CYBERJAYA – Penghidap kanser lidah, Rosimah Ismail yang menjadi perhatian warga maya sejak dua minggu lalu dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi.

Berita sedih itu dikongsikan oleh ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi akaun Facebook miliknya.

“Al-Fatihah, Innalillahiwainnailaihirojiuun. Mendapat khabar berita ibu kepada Nurul Shafina dari Penaga, Kepala Batas yang mengidap penyakit kanser tahap empat telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi.

“Cukup sayu dan sedih mendapat berita ini pada hari Jumaat yang mulia ini.

Gambar arwah sewaktu masih sihat

“Ya Allah ya tuhanku, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, insya-Allah,” tulisnya.

Kisah Allahyarham yang bertarung nyawa melawan kanser mula mendapat perhatian menerusi luahan duka anaknya, Nurul Syafina yang memohon doa orang ramai agar ibunya kembali pulih seperti biasa.

Semalam, Nurul Syafina memuat naik posting di laman Facebook miliknya dengan berkongsi beberapa keping nota ditulis ibunya yang tidak boleh lagi bercakap setelah lidahnya menjadi keras sepenuhnya.

Lebih menyentuh hati, nota-nota tersebut adalah luahan rasa dan pesanan terakhir ibunya buat keluarganya.

Menerusi nota terakhir tersebut, ibu Nurul Syafina memaklumkan bahawa dia telah menghalalkan susunya selain meminta maaf kepada anak-anaknya di atas segala kesilapan dilakukannya sebelum ini.

“Nukilan terakhir mak tulis dalam buku sebelum mata mak keduanya bengkak dan tertutup sepenuhnya. Mak dah tak boleh berkata-kata, dah tak boleh bersuara lagi. Lidah mak dah mengeras sepenuhnya. Mak hanya mampu menulis.

“Kata-kata nasihat dari mak, Pina akan ingat sampai bila-bila. Kami adik beradik akan ingat pesan mak untuk selamanya. Sebak hati bila baca apa yang mak tulis. Nasihat mak untuk kami adik beradik sentiasa terngiang-ngiang dalam ingatan. Semoga Allah permudahkan segala urusan mak.

“Mak cepat sihat ya, Piena rindu mak yang dulu. Pina, adik-adik dan abah tak kuat tanpa mak. Kami semua perlukan mak. Mak penyeri rumah. Mak segalanya buat kami,” tulisnya. – MBNEWS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here