Pekebun kecil boleh tuntut insentif bermula 1 Mac

0
84

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Pekebun kecil boleh mula mengemukakan tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi bulan Februari 2020 mulai 1 Mac hingga 31 Mac.

Perkara itu dimaklumkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut LGM bayaran IPG teraktif bagi Semenanjung ialah 45 sen, manakala Sabah dan Sarawak masing-masing sebanyak 75 sen dan 55 sen untuk setiap kilogram.

“Pada bulan Februari 2020, harga purata peringkat ladang bagi ‘cuplump’ atau getah sekerap bagi semenanjung berada pada paras RM2.10 sekilogram.

Manakala, harga purata peringkat ladang bagi cuplump di Sabah dan Sarawak masing-masing berada pada paras RM1.75 sekilogram dan RM1.95 sekilogram,” menurut kenyataan itu

Bermula Januari 2020, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB (Percuma Atas Kapal) berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang berada di paras RM2.50 sekilogram.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here