Pekerja 7-Eleven Jalan Bunus positif Covid-19

0
143

CYBERJAYA – Rangkaian kedai serbaneka popular, 7-Eleven mengesahkan seorang kakitangannya di cawangan Jalan Bunus, Kuala Lumpur positif Covid-19 dan kini menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, proses sanitasi menyeluruh sedang dijalankan dan kedai itu juga ditutup sementara sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

“Semua yang ada kontak dengan kakitangan kami sedang menjalani kuarantin di rumah sehingga pelepasan kesihatan diberikan oleh pihak berkuasa.

“Pengesanan kontak secara mendalam juga sedang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM),” ujar 7-Eleven menerusi satu kenyataan.

Rangkaian kedai serbaneka itu mengakui pihaknya mengambil langkah menyeluruh dalam mengekang Covid-19.

Selain sanitasi secara biasa, aspek kebersihan kakitangan dan penjarakan sosial turut dititikberatkan. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here