Pekerja kilang dipaksa bekerja buat laporan polis

0
103

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Sekumpulan pekerja sebuah kilang di Lipat Kajang, Melaka membuat laporan polis kerana mendakwa dipaksa datang bertugas oleh pihak majikan dalam tempoh Arahan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Memetik laporan Melakakini, wakil kumpulan itu yang hanya mahu dikenali Mat, 23, berkata, mereka turut diugut gaji akan dipotong sekiranya enggan datang bekerja seperti biasa.

“Laporan polis ini dibuat kerana saya dan rakan lain tidak mahu bekerja serta berharap pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pengurusan kilang yang membuat ugutan terhadap kami.

“Kami tidak mahu menanggung risiko jangkitan wabak Covid-19 yang kini sedang menular dan kritikal serta mematuhi arahan kerajaan supaya tidak keluar bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa,” katanya.

Sementara itu dalam laporan sama, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan turut mengesahkan ada menerima laporan itu.

“Kes ini dirujuk kepada Pejabat Buruh untuk tindakan lanjut,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here