Pelajar ePJJ UiTM positif Covid-19

0
182

CYBERJAYA – Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengesahkan seorang pelajarnya yang mengikuti pengajian dalam talian pengajian jarak jauh (ePJJ) didapati dijangkiti positif Covid-19 pada 20 Mac lalu.

Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd. Azraai Kassim berkata, pelajar berkenaan yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur telah dijangkiti melalui bapanya yang didapati positif virus itu.

Menurut beliau, bapa pelajar berkenaan mendapat jangkitan tersebut daripada kontak iaitu saudaranya yang menyertai perhimpunan ‘Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling.

Beliau berkata, manakala pelajar tersebut pula telah menghadiri kuliah pada 15 Mac lalu dan apabila mendapati dirinya disahkan positif Covid-19, dia memaklumkan kepada pensyarahnya mengenai keadaan yang dijangkiti.

“Sehubungan itu, UiTM melalui Pusat Gerakan Covid-19 dan Pusat Kesihaan UiTM telah memaklumkan berkaitan keadaan pelajar tersebut kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan telah mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka terlibat.

“Kontak-kontak rapat telah dikenal pasti oleh pihak UiTM dan mereka telah menjalankan saringan Covid-19 di Pusat Kesihatan Daerah Kepong,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi akaun rasmi Faceook UiTM.

Tambah Mohd. Azraai, pihak UiTM telah melakukan pembersihan dan pembasmian kuman di kelas dan kawasan berkaitan sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan virus tersebut tersebar.

Jelas beliau, setakat ini keseluruhan kes pelajar yang telah disahkan positif Covid-19 adalah seramai tiga orang dan sedang menjalani rawatan.

“Semua pelajar dan staf tidak perlu bimbang terhadap keselamatan mereka kerana pihak UiTM telah mengambil langkah-langkah pencegahan penyakit berjangkit dan kawalan jangkitan yang sepatutnya.

“Mereka jgua telah disarankan untuk mengikuti arahan dan nasihat pihak pengurusan UiTM dan KKM dari semasa ke semasa,” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here