Pelanggan dalam talian diminta hubungi Raudhah Grocer

0
112

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

RAUDHAH CITY – Pelanggan-pelanggan dalam talian Raudhah Grocer yang masih belum menerima barangan diminta menghubungi pihak berkenaan segera.

Dalam perkongsian menerusi akaun rasni Facebook Malakat Mall memaklumkan Malakat Delivery telah berjaya menghantar semua pesanan dalam talian yang dipesan pada 23, 24 dan 25 Mac lalu.

Menurutnya, jika masih terdapat pelanggan yang telah membuat pesanan pada tarikh berkenaan tetapi belum menerima barangan dipohon diminta menghubungi pihak Raudhah Grocer dengan menyertakan nombor pesabab lengkap ke ke 016-2100841 melalui aplikasi WhatsApp.

“Insya-Allah hari ini kami akan mulakan penghantaran untuk pesanan yang dibuat pada 26 Mac.

“Kami memohon maaf kerana tidak dapat memberi jangkaan masa ketibaan barangan kerana terdapatnya sekatan jalan raya yang tidak kami ketahui.” katanya yang memohon maaf atas segala kesulitan dan kelewatan yang dihadapi.

Semalam Raudhah Grocer membuat pengumuman memohon maaf diatas kelewatan penghantaran barangan yang dibuat melalui dalam talian.

Menurut kenyataan yang dikongsikan, pihaknya menerima segala komen dan cadangan bagi memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan yang terbaik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here