Pelantikan Ketua Menteri Melaka baharu Jumaat ini

0
246

CYBERJAYA – Pelantikan Ketua Menteri Melaka baharu akan dijalankan  di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang Dipertua Melaka pada Jumaat ini.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Hasim Hasan, Yang Dipertua Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob telah bersetuju supaya Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri ke-21 diadakan pada hari tersebut.

“Yang Dipertua Melaka turut bersetuju bahawa Ketua Menteri Melaka yang akan dilantik untuk membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam tempoh tujuh hari dari tarikh pelantikan jawatan itu,” katanya dalam kenyataan menerusi hantaran akaun Facebook Kerajaan Negeri Melaka hari ini.

Hari ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang akhbarnya berkata,  parti komponen itu menyerahkan sepenuhnya kepada Yang Dipertua Melaka untuk melantik Ketua Menteri Melaka yang baharu bagi menggantikan Adly Zahari.

Tambah Ahmad Zahid, setakat ini pihaknya telah menyerahkan nama kesemua 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu untuk dipertimbangkan.

Ia susulan Adly hilang sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu apabila ADUN daripada Bersatu dan masing-masing seorang ADUN daripada PKR dan DAP selain 13 ADUN UMNO menyatakan sokongan kepada gabungan Perikatan Nasional. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here