Peluang percuma merasai Zip Jump pertama di Malaysia

0
426

RAUDHAH CITY – Pengunjung Malakat Mall di sini berpeluang mencuba salah satu aktiviti sukan lasak, Zip Jump secara percuma sempena pembukaan pusat beli belah itu semalam.

Sukan lasak itu merupakan antara aktiviti disediakan dalam mencari kelainan kepada pengunjung yang datang ke pusat beli belah tersebut.

Sempena pembukaan Malakat Mall, aktiviti itu dibuka kepada 15 individu sahaja untuk merasai pengalaman Zip Jump yang pertama dilakukan di negara ini.

Pemilihan dibuat apabila pihak pengurusan Malakat Mall akan membuat pengumuman kepada mereka yang berminat melakukan aktiviti tersebut.

Sebelum ini, Malakat Tribune melaporkan Pengurus Tahan Sport, Mohd. Fuad Rahim berkata, aktiviti tersebut adalah antara inisiatif yang dilakukan bagi mewujudkan satu kelainan bagi menarik lebih ramai peminat sukan lasak itu untuk mencubanya.

Menurut Fuad, secara teknikalnya Zip Jump adalah pertama di Malaysia di mana ia bermula di puncak bangunan dan berakhir di bangunan lain dan  dianggarkan jaraknya adalah sepanjang 60 meter.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here