Pemain Juventus positif Covid-19

0
137
Daniele Rugani

CYBERJAYA – Pemain pertahanan Juventus, Daniele Rugani disahkan positif Covid-19.

Memetik portal The Guardian, kelab bola sepak Itali tersebut berkata, Rugani, 25, bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang tanda jangkitan.

“Pihak kelab telah mengaktifkan prosedur isolasi seperti yang digariskan oleh undang-undang, termasuk terhadap individu yang pernah bertemu dengan beliau,” kata kelab tersebut dalam satu kenyataan.

Rugani, yang telah membuat kemunculan sebanyak tujuh kali pada musim liga tahun ini, berada di bangku simpanan ketika menentang Inter, Ahad lepas. Perlawanan tersebut dilangsungkan tanpa penonton.

Difahamkan, beliau turut menyertai sesi latihan rasmi kelab pada Selasa lalu.

Sementara itu, kerajaan Itali mengumumkan penutupan semua kedai kecuali kedai menjual makanan dan farmasi.

Setakat ini, negara tersebut mempunyai 12,000 kes yang disahkan positif dengan angka kematian sebanyak 827 orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here