Pemimpin Sarawak ramai jawat menteri, timbalan menteri

0
145

Oleh: NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Beberapa pemimpin dari Sarawak yang turut menyertai barisan Kabinet baharu termasuklah Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai seorang daripada empat menteri kanan serta memegang portfolio Menteri Kerja Raya.

Menerusi ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pembentukan Kabinet itu mampu menyelesaikan permasalahan rakyat dan membawa Malaysia ke mercu kejayaan yang lebih gemilang.

Menariknya, Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi manakala Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri selaku Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

Tujuh pemimpin dari negeri Bumi Kenyalang itu turut disenarai sebagai timbalan menteri mewakili empat wakil dari GPS dan dua dari bekas ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Selain itu, lima pemimpin dari GPS adalah Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib sebagai Timbalan Menteri; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah selaku Timbalan Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang sebagai Timbalan Menteri Kesihatan II.

Manakala Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II dan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara.

Manakala dua pemimpin dari PKR adalah Willie Mongin yang merupakan Ahli Parlimen Puncak Borneo memegang portfolio Timbalan Perusahaan Perladangan dan Komoditi II dan Ahli Parlimen Saratok, Ali Anak Biju sebagai Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Selain itu, menteri kanan dan menteri Kabinet yang dilantik Perdana Menteri mengikut parti-parti politik pula adalah 10 orang menteri dari UMNO. Bersatu (sembilan), GPS (empat) Pas (tiga) manakala dua lagi wakil profesional dilantik selain masing-masing satu menteri daripada parti MCA, MIC dan juga PBS. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here