Penangan ‘bala tentera’ maya, pengulas Taiwan akhirnya minta maaf

0
7224
Pengulas isu semasa negara Taiwan yang membuat tuduhan palsu mengenai kegagalan negara menguruskan wabak Covid-19 sehingga dikecam ratusan ribu warga maya.

CYBERJAYA – Pengulas isu semasa Taiwan yang melemparkan fitnah terhadap Malaysia berhubung pengurusan wabak Covid-19 akhirnya mengemukakan permohonan maaf selepas dikecam hebat rakyat negara ini.

Selepas rancangan itu ditularkan di negara ini, laman Facebook program yang menuduh mayat-mayat mangsa Covid-19 di negara ini tidak diurus dengan baik itu telah dikecam lebih 100,000 warga maya.

Antara tuduhan yang dilemparkan adalah kegagalan pihak berkuasa menguruskan mangsa yang maut sehingga terpaksa dikebumikan di tepi jalan raya dan sistem perubatan yang sudah lumpuh.

Rasa tidak puas hati yang sudah pasti menyinggung barisan depan negara melawan Covid-19 ketika ini itu turut mendapat pembelaan
Timbalan Menteri Pendidikan Dr. Mah Hang Soon yang menuntut permohonan maaf daripada program tersebut.

“Saya telah berhubung dengan pihak berkaitan untuk menyalurkan ketidaksenangan rakyat Malaysia dan meminta satu permohonan maaf rasmi daripada pengulas tersebut,” katanya dalam Facebook miliknya.

Selain Hang Soon, tindakan pengulas tidak bertanggungjawab itu turut mendapat perhatian bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Akibatnya (dikecam warga maya), program Taiwan itu telah memohon maaf secara terbuka semalam,” katanya.

Najib dalam Facebook rasminya berkata, tindakan penerbit program berkenaan yang memperbetulkan ‘rentak’ laporan itu sedikit sebanyak telah membuktikan Malaysia tidak seburuk berita yang dilaporkan sebelum itu.

“Pengulas isu semasa yang mencetuskan kemarahan hari itu telah menggunakan graf yang saya buat dan post dalam FB saya pada hari Ahad lalu untuk merumuskan bahawa trend jumlah kes baru Malaysia yang stabil berbanding negara Itali ialah bukti bahawa langkah-langkah Malaysia melawan Covid-19 adalah efektif.

“Jangan ulang lagi, ye. Negara kita sendiri sudah ada banyak ‘fake news’ dan video fake yang tular. Sebab itu, kita tak perlu mengimport fake news berhubung kita dari negara lain,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here