Penangguhan bayaran balik PTPTN sehingga 6 bulan

0
70

Oleh NINA FARZUIN MD. SHAROM

CYBERJAYA – Kerajaan bersetuju memberikan lanjutan masa dari tiga kepada enam bulan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM750 juta.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penangguhan itu yang berkuatkuasa serta-merta pada hari ini sehingga 30 September ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 1.5 juta peminjam PTPTN.

“Selain daripada inisiatif-inisiarif yang saya umumkan ini, kerajaan juga sedang mengkaji langkah-langkah tambahan untuk membantu rakyat menghadapi keadaan yang agak sukar pada waktu ini.

“Langkah-langkah komprehensif sedang diteliti oleh Kementerian Kewangan yang akan mengambil kira kepentingan setiap kelompok masyarakat di negara ini. Sama ada anda peniaga kecil, pemandu teksi, petani, nelayan, penternak, pekerja kilang, kakitangan swasta, kakitangan kerajaan, semuanya akan diberi perhatian oleh kerajaan,” katanya pada sidang akhbar sebentar tadi.

Menurutnya, pengumuman pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif akan dilakukan pada 30 Mac ini.

“Kesemua langkah yang bakal saya umumkan nanti akan mengambil kira usaha untuk mengukuhkan kedudukan kewangan negara kita dalam jangka masa sederhana.

“Saya berharap dengan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan, kehidupan saudara-saudari akan lebih terjamin dan ekonomi negara kita juga akan kekal kukuh,” katanya.- MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here