Penangguhan bayaran pinjaman PTPTN selama 6 bulan 

0
141

CYBERJAYA – Kerajaan bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama enam bulan berikutan penularan wabak Covid-19 yang berlaku ketika ini.

PTPTN dalam kenyataan di sini berkata, pihaknya mengambil kira kesan wabak itu kepada ekonomi negara yang mengakibatkan kehilangan atau kekurangan sumber pendapatan kepada peminjam agensi itu.

Sehubungan itu kata kenyataan tersebut, penangguhan bayaran balik kepada semua peminjam berkuat kuasa serta merta selama enam bulan sehingga 30 September ini.

Berikut kenyataan penuh PTPTN berkaitan perkara itu.

Peminjam yang sedang membuat bayaran balik akan ditangguhkan bayaran balik secara automatik tertakluk kepada keadaan berikut:

a) Bayaran Balik Melalui Potongan Gaji 

Semua arahan dan penghantaran data potongan gaji akan ditangguhkan. Walau bagaimanapun, terdapat peminjam yang akan diteruskan potongan gaji bagi bulan Mac 2020 memandangkan aktiviti prosesan data potongan telah dibuat lebih awal sebelum pengumuman penangguhan bayaran balik. 

Sila semak penyata pinjaman masing-masing untuk pengesahan bayaran berhubung perkara ini (https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/). Tiada pemulangan semula (refund) yang akan dibuat ke atas bayaran balik yang telah diterima. Potongan gaji akan dihentikan bagi bulan April hingga September 2020.

 b) Bayaran Balik Melalui Direct Debit 

Semua penghantaran data potongan melalui Direct Debit akan ditangguhkan hingga bulan September 2020. Sehubungan dengan itu, tiada potongan Direct Debit akan dilakukan bermula 19 Mac hingga 30 September 2020. 

Peminjam yang membuat bayaran balik melalui saluran lain seperti kaunter bank, Pos Malaysia, Perbankan Atas Talian (Internet Banking), Arahan Tetap (Standing Instruction) atau lain-lain saluran adalah bertanggungjawab ke atas bayaran yang dibuat sepanjang tempoh penangguhan. 

Peminjam dikehendaki membuat pembatalan dengan pihak yang berkaitan sekiranya ingin menangguhkan bayaran di dalam tempoh ini. Tiada pemulangan semula (refund) bagi bayaran balik yang telah diterima. 

Peminjam Yang Ingin Meneruskan Bayaran Balik Sepanjang Tempoh Penangguhan. 

Bagi peminjam yang ingin meneruskan bayaran balik pinjaman, boleh membuat bayaran mengikut saluran yang telah disediakan (https://www.ptptn.gov.my/kaunterside). 

Peminjam yang ingin meneruskan potongan gaji/ Direct Debit pula dikehendaki membuat permohonan di Portal Rasmi PTPTN www.ptptn.gov.my/covid-19 mulai 23 Mac hingga 15 Ogos 2020. 

Penutupan Sementara Permohonan Pertukaran Ujrah, Penstrukturan Semula Pinjaman, Penjadualan Semula Pinjaman dan Penggabungan Pinjaman 

Selaras dengan penangguhan bayaran balik pinjaman ini juga, PTPTN dengan ini memaklumkan penutupan sementara semua permohonan di atas bermula 19 Mac 2020 hingga 30 September 2020. 

Maklumat lanjut sila klik di sini https://www.ptptn.gov.my/faq-bayaran-balikside/faq-penangguhan-bayaran-balik-pinjaman-ptptn-akibat-penularan-covid-19 

Sebarang pertanyaan hendaklah disalurkan ke e-Aduan (http://icare.ptptn.gov.my/eApps/system/index.do)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here