Penantian 60 tahun Tokki berakhir

0
555
Datuk Nadzim Johan (kiri) bersama coach Fadzil (kanan) memotong reben sempena prapembukaan Malakat Mall di sini hari ini.

RAUDHAH CITY – Pembukaan pusat beli belah BMF pertama di Malaysia, Malakat Mall merupakan peluang terbaik kepada seluruh umat Islam khususnya bagi menzahirkan sokongan 100 peratus kepada pembangunan ekonomi ummah.

Ketua Aktiviti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, ini kerana pusat beli belah itu memerlukan sokongan semua pihak bagi mengembalikan maruah ekonomi umat Islam yang sudah ketinggalan sangat jauh berbanding bangsa lain.

“Kita sudah cukup terhina dan terbakar sebelum ini, maka kita perlu lakukan sesuatu untuk mengubah imej kita. Saya sebenarnya tercari-cari orang yang boleh buat sebegini sudah cukup lama dan apabila berjumpa dengan coach (Mohd. Fadzil Hashim) saya beritahu pada dia yang saya sudah mencari orang seperti ini selama 60 tahun.

“Iaitu orang yang boleh buat kerja dan mempunyai kesungguhan, dan dia mempunyai disiplin untuk membawa perubahan ini. Kita di PPIM hanya membawa kesedaran tetapi untuk merealisasikannya kita memerlukan orang seperti ini,” katanya ketika berucap sempena majlis prapembukaan Malakat Mall di Cyberjaya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nadzim yang juga lebih dikenali sebagai Tokki turut menggesa supaya umat Islam mencontohi sisi positif kaum Yahudi yang sentiasa memberikan sokongan kepada bangsanya sendiri terutamanya dari sudut ekonomi.

“Kita kena belajar dengan orang yahudi yang sentiasa hendak menolong bangsa mereka sendiri. Bangsa kita bukan sahaja tidak menolong tetapi sabotaj lagi.

“Memang hina sungguh, jadi bagaimana kita hendak mendapat keberkatan, jadi dengan ada orang-orang yang hebat ini di samping pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersama-sama, kita akan membawa satu perubahan terhadap ekonomi umat Islam,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here