Pendaftaran i-Lestari bermula 1 April ini

0
126

CYBERJAYA – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari bermula 1 April ini.

Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias dalam satu kenyataan berkata, ahli-ahli boleh membuat permohonan melalui e-mel, pos atau dalam talian.

Katanya, pengeluaran boleh dibuat bagi tempoh satu tahun iaitu dari April ini manakala bayaran pengeluaran i-Lestari akan dibuat bermula Mei depan.

“Permohonan boleh dibuat melalui tiga saluran iaitu secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun); secara e-mel kepada [email protected] atau secara pos/pos berdaftar ke alamat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya.

“Pendaftaran secara dalam talian mula dibuka pada 1 Mei. Prosesnya lebih cepat dan tepat serta hanya mengambil masa tiga hari untuk diproses,” katanya.

Inisiatif yang diumumkan kerajaan sebagai langkah untuk menangani impak penularan virus Covid-19 itu dijangka memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.

Beliau berkata, KWSP menetapkan jumlah pengeluaran maksimum sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan dengan keupayaan pengeluaran pula tertakluk kepada jumlah baki Akaun 2 semasa proses pembayaran berkenaan dibuat.

Katanya, jumlah maksimum RM500 adalah munasabah bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.

Permohonan kemudahan itu layak untuk semua warganegara dan pemastautin tetap yang berumur di bawah 55 tahun dan juga bukan warganegara (Fasa 2).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here