Pendakwah terkenal ajak sokong Malakat Mall

0
913
Ustaz Firdaus bersama Pengasas Malakat Mall, coach Fadzil

RAUDHAH CITY – Pendakwah terkenal, ustaz Firdaus Wong Wai Hung turut tidak ketinggalan mengajak orang ramai memberikan sokongan terhadap pusat beli belah BMF pertama di Malaysia, Malakat Mall yang baru memulakan operasinya pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, dengan sokongan semua pihak diharapkan pusat beli belah itu dapat diwujudkan di setiap negeri dan daerah pada masa hadapan.

“Saya dengan rendah hati mengajak sahabat yang berdekatan hatta yang jauh berikan sokongan kepada Malakat Mall dan semoga sokongan kita diterima sebagai ibadah di sisi Allah.

Malakat Mall

“Semoga dengan sokongan kita maka akan lahirlah Malakat Mall di setiap negeri dan disusuli di setiap daerah,” katanya dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Malakat Mall yang terletak di CBD3 Cyberjaya beroperasi pada setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Dalam pada itu, Firdaus juga mendoakan agar para peniaga dan penyedia perkhidmatan di Malakat Mall memberikan produk dan perkhidmatan yang terbaik.

“Berikan produk dan tawarkan perkhidmatan berkualiti dan bawa ianya ke tahap profesionalisme yang tinggi,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut memuji pendekatan Malakat Mall sebagai sebuah pusat beli belah yang diwujudkan bagi meningkatkan ekonomi umat Islam dengan menyediakan peluang perniagaan dan pemasaran kepada produk dan perkhidmatan milik Muslim.

“Peniaga di Malakat Mall tidak perlu membayar sewa tetapi berkongsi keuntungan. Di mana lagi ada pasaraya menawarkan sistem sebegini kecuali di Malakat Mall,” katanya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here