Penerima bantuan bulanan JKM 25 Mac ini

0
122

CYBERJAYA – Jabatan Kebajikan Masyarakat memutuskan untuk mempercepatkan bantuan bulanan kepada semua penerima bagi April ini yang akan diberikan pada 25 Mac ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, pihaknya amat prihatin terhadap kumpulan sasar kementerian yang terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri bermula semalam sehingga 31 Mac ini.

“Bantuan ini akan melibatkan seramai 500,000 penerima melibatkan kos sebanyak RM150 juta. Bantuan itu akan diterima 15 hari lebih awal dari tarikh yang sepatutnya diterima.

Kementerian mengharapkan dengan langkah inisiatif yang diambil ini dapat membantu kumpulan sasar menjalani kehidupan yang sejahtera sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here