Pengamal perubatan alternatif ‘kurung’ Covid-19 dalam botol?

0
810
Abdul Majid (berdiri) sedang ‘merawat’ seorang pesakit

CYBERJAYA – Seorang pengamal perubatan alternatif mendakwa kononnya berjaya ‘menangkap’ dan ‘mengurung’ virus Covid-19 ke dalam sebuah botol.

Menerusi satu video yang tular dalam laman sosial Facebook, individu tersebut, Abdul Majid Hasan yang mendakwa sebagai pengamal perubatan Islam dilihat sedang merawat seorang pesakit lelaki yang dipercayai menghidap jangkitan Covid-19.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada pesakit tersebut memang positif Covid-19 atau tidak.

Menerusi rakaman tersebut individu berkenaan ‘merawat’ pesakit itu sambil menyebut nama Allah dan mendakwa terdapat Covid-19 di tangan pesakit tersebut.

Dia kemudian ‘menyuruh’ virus itu turun lalu memasukkan ‘sesuatu’ ke dalam botol yang terdapat di tangannya.

“Saya telah menangkap dan mengurung (bukan selamanya) Covid-19 ke dalam botol. Botol ini saya isi air. Saya simpan dalam ‘freezer’ (peti sejuk) bersama dengan botol air lain yang kosong daripada Covid-19.

Tangkap layar daripada akaun Facebook Abdul Majid

“Selama tempoh lima hari botol berisi Covid-19 tidak membeku sedangkan botol air biasa beku dalam tempoh enam jam,” dakwanya dalam hantaran Facebook miliknya.

Sementara itu, hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pembaca yang pertama kali melihat kaedah rawatan sedemikian.

Menurut seorang warga maya yanv meminta supaya perawat berkenaan membantu barisan hadapan di hospital kerana bertungkus lumus merawat pesakit positif Covid-19.

“Ustaz sila ke hospital dan bantu ‘frontliners’ kami. Kalau ustaz bantu, tak perlu mereka tinggalkan keluarga. kesian juga pada polis dan tentera yang bertugas. Harap dapat ke hospital dan bantu,” kata AnKadim Awis.

Selain itu, terdapat juga komen yang meminta perawat tersebut membantu Itali dan negara Eropah lain kerana sedang bergelut dengan angka kematian yang tinggi akibat wabak itu.

“‘Ustaz patut buat di Itali atau Sepanyol, nescaya boleh pergi haji lima kali sehari,” kata Kayan Itu Fathi. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here