Pengasas Malakat Mall dijemput sumbang idea kepada kerajaan

0
4109

RAUDHAH CITY – Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengalu-alukan Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim untuk berkongsi idea bagaimana merealisasikan pusat beli belah Muslim pertama di negara ini.

Menurut beliau, pembukaan pusat beli belah itu mendapat sambutan hebat dan berharap Mohd. Fadzil boleh berkongsi dengan kementeriannya dalam melaksanakan perniagaan seumpama itu.

“Sejak dibuka Jumaat lalu, saya berkesempatan hadir ke Malakat Mall dan alhamdulillah ramai yang datang membeli belah di pasar raya Raudhah Grocer walaupun beberapa kedai di dalamnya ditutup awal sebelum Perintah Larangan Kawalan dikuatkuasakan esok.

“Walaupun baru lima hari dibuka ia satu positif dan gembira melihat perkembangan itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau sebelum itu ditemani Mohd. Fadzil atau lebih dikenali Coach Fadzil bersama Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Brainy Bunch, Hailmy Rizuan meninjau operasi Raudhah Grocer selain melawat kedai-kedai serta Kafe Bunch-Oh dalam Malakat Mall.

Mas Ermieyati menambah, kebanyakan produk dalam Malakat Mall dan Raudhah Grocer menarik dan paling penting berkualiti yang sentiasa dinantikan pengunjung.

“Sama dengan pasar raya-pasar raya besar lain yang memiliki kedai dan restoran, bagi saya konsep yang Malakat Mall gunakan sekarang mampu mencipta nama selepas ini.

“Saya mengharapkan Malakat Mall berkembang dengan baik selain terus menjadi sebutan serta pilihan rakyat Malaysia daripada segi produk, perkhidmatan dan lain-lain,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here