Penggunaan e-buku melambung sepanjang PKP

0
194

SITI AZIELAH WAHI

Faiz Al-Shahab

CYBERJAYA -Bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, permintaan pengguna internet bagi aplikasi buku elektronik melalui marketplace e-Sentral dan sistem perpustakaan digital ELIB melambung.

Menurut Pengarah Urusan Xentral Methods Sdn Bhd (XMSB), iaitu syarikat pengelola e-Sentral.com, Faiz Al-Shahab, analisa dari dataraya e-Sentral menunjukkan kenaikan mendadak penggunaan buku elektronik sebanyak tiga kali ganda.

” Terdapat peningkatan mendadak trafik harian pelayan internet sehingga tiga kali ganda manakala jualan di e-Sentral telah meningkat empat kali ganda secara purata antara 18 Mac sehingga 29 Mac,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurut Faiz, berdasarkan data tersebut terdapat beberapa hari menunjukkan sebanyak 870, 000 muka surat diselak pembaca e-buku di Malaysia.

” Secara purata, pembaca meluangkan sebanyak 2,700 jam membaca menggunakan aplikasi e-Sentral sehari, berbanding dengan purata 500 sehingga 700 jam sehari pada hari-hari sebelum PKP”, katanya.

Beliau berkata jutaan rakyat Malaysia yang selalunya keluar bekerja kini tinggal di kediaman menyebabkan lebih banyak masa lapang untuk menggunakan teknologi.

“Kami gembira kerana budaya membaca berkembang maju melalui e-Sentral, walaupun gejala wabak Covid-19 telah menyebabkan sekolah dan universiti tutup, dan juga pesta buku Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan”, tambahnya.

Sementara itu, berdasarkan statistik, kategori e-buku yang paling laris adalah dalam genre romantik dan novel am berbanding kategori lain.

Selain itu, kategori yang banyak dimuat turun dan baca adalah kategori kekeluargaan dan kesihatan, jenayah, novel remaja, dan juga keagamaan seperti Islam.

Kategori kekeluargaan dan kesihatan adalah trending baharu yang kelihatan ketika PKP, “katanya.

E-Sentral turut berkongsi demografi pengguna yang menunjukkan peratusan wanita adalah jauh lebih tinggi dalam kegiatan membaca ebuku ketika PKP.

” Umur 35-44 merupakan golongan paling ramai menggunakan masa mereka membaca ebuku ketika waktu ini, diikuti oleh usia 18-24 tahun.

Selain itu golongan 25-34 tahun terletak di tangga ketiga paling ramai menggunakan e-buku ketika PKP,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here