Pengurus Arsenal positif Covid-19

0
181
MIKEL ARTETA

CYBERJAYA – Pengurus pasukan Arsenal, Mikel Arteta disahkan positif Covid-19, kata kelab berkenaan sebentar tadi.

Perkembangan ini menyaksikan Arteta, kesemua pemain utama kelab dan pasukan kejurulatihan akan menjalani kuarantin bagi menyekat penyebaran wabak tersebut.

Setakat ini belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada penganjur Liga Perdana Inggeris mengenai status perlawanan Arsenal menentang Brighton pada hujung minggu ini, namun difahamkan Brighton telah mengumumkan perlawanan tersebut ditunda.

Sementara itu, di Itali, kelab gergasi Seria A, Juventus mengumumkan seorang lagi pemainnya disahkan positif Covid-19.

Pemain Argentina, Paulo Dybala menjadi pemain kedua yang dijangkiti coronavirus berkenaan.

Seorang lagi pemain, Gonzalo Higuain yang juga dari Argentina, diletakkan dalam perhatian kerana dia disenaraikan sebagai salah seorang kontak rapat Dybala.

Semalam, pemain pertahanan tengah Juventus, Marco Rugani disahkan sebagai pemain pertama dijangkiti Covid-19 di kelab berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here